Friday, August 28, 2009
something to share...
Wednesday, August 26, 2009
sambut ke tak sambut...
Hari ni bosannya...takde tenaga rasanya, nak buat keja pun malas...
Ni waktu rehat ni, bole la check2 email, upload gambar kejap...skit lagi nak keluar pulak...huhuhu memang malas nak keluar panas2 ni...
Minggu depan hari isnin, cuti (yeay \\(o,O)// )...cuti hari merdeka, tp dekat jalan atau pun bangunan2, kedai2, kurang betul orang gantung atau pasang bendera malaysia...emm... tahun lepas pun lebih kurang macam ni juga, orang ramai macam kurang bersemangat nak sambut hari merdeka...meriah tu dah takde...tp yealah, lagu2 merdeka yang baru2 pun tak ada 'kick' sangat sekarang ni...hehehe tgk je lah, lagu 1 malaysia tu, berapa kerat je kalau kita dengar, rasa membara2 tu ada kan...(tak kata lagu2 tu tak sedap...) hehehe...
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang...
2 tahun lepas, happening la juga...kat ofis ni ramai kepala gile (sekarang diorang semua dah takde huhuhu...rindunya) penat2 buat keja, stress nak siapkan keja...apa lagi, sorang pasang lagu jalur gemilang, siap buat koir tu...nyanyi sama2 hahahaha...dengar mmg macam tak mungkin, tp tu lah, mmg jadik mcm tu...kadang2 tu siap request...hehehe
ana: "ar pasang lagu ar..."
ar : "lagu apa, ana?"
ramai2: "jalur gemilang..."
hahaha...kalau dikenang mmg boleh tersenyum sendiri...
_________________________________________________________________________________________
hari ni 5 ramadhan...hehehe...besday2...yealah takkan hari jadi kalendar omputih je nak ingat kan... ^__^ walaupun tak biasa sambut2 ni, tp kurang2 hari kita lahir, kena lah ingatkan diri sendiri, yang dah lama kita hidup kat dunia ni...kena lah bersyukur dengan apa yang ada...moga2 dengan peningkatan umur lagi ni, hari2 mendatang lebih bermakna, lebih dirahmati...amin....
Wednesday, August 19, 2009
R.E.S.E.T
tengah-tengah menaip hari ni, tiba-tiba terdetik sekejap...jika hidup umpama keyboard @ papan kekunci. Untuk memastikan tindakan, tekan ENTER, untuk keluar dari sesuatu aplikasi dengan segera, tekan ESCAPE, untuk menyimpan data, tekan SAVE...alangkah mudahnya hidup kalau ianya seperti papan kekunci. Tekan dan semuanya terjadi...
tak mahu boleh UNDO, tak mahu boleh DELETE...tapi itulah, kalau hidup ni boleh di RESET, bayangkan hidup yang tiada kesudahan...
Bosan sikit, RESET...tersilap langkah, RESET...tak puas hati dengan apa yang ada juga RESET...bayangkan hidup yang begitu jika adanya RESET....tentu saja, tiada kesudahan, tiada penghujungnya...kerana manusia itu pantang diberi kesempatan...
Berjalan-jalan di alam maya dalam 10-15 minit sebelum memulakan hari di pejabat, membawa kepada blog yang sering kali dikunjungi jika berkesempatan. Tajuk 'putus harapan' membawa pemikiran kepada satu dimensi bahawa manusia itu sememangnya memerlukan HARAPAN. Tanpa HARAPAN, hidup tiada makna. Kecil @ besar sesuatu harapan bukan ukuran tetapi apa yang penting, rasa yang ada dengan adanya HARAPAN itu...HARAPAN membawa kepada motivasi, HARAPAN juga membawa kepada inspirasi...
Daya juang mungkin...untuk meneruskan hidup, keyakinan juga mungkin untuk percaya kepada sesuatu...
Jadi HARAPAN itu merupakan sesuatu yang besar untuk ada dalam diri setiap dari kita yang berjalan di muka bumi ini...
Mengetahui seseorang yang mungkin putus harapan, bukan sedikit rasa terkilan yang dirasai. Tambah-tambah jika kita tidak tahu dan pasti bagaimana untuk membantu, bagaimana untuk bertindak balas...atau bagaimana untuk menjadikan HARAPAN baru sebagai hala tuju...
apa yang pasti, HARAPAN itu sentiasa wujud selagi kita percaya kepada yang SATU...
setiap satu butang papan kekunci, mempunyai tindakan yang telah kita, manusia tetapkan... hidup sememangnya bukan papan kekunci, tetapi tindakan kita setiap dari satunya mempunyai fungsi yang sama...dan kita menentukan setiap tindakan yang akan kita ambil yang akan kita pilih...sama ada yang baik atau yang buruk...kerana dalam hidup ini setiap satunya sudah ada garis dan panduan...hanya kita sahaja yang sering kali terlupa akan wujudnya garis-garis itu...
hanya satu pemikiran ...
________________________________________________________________
Salam Ramdhan dan Selamat Berpuasa... ^__^
Ini merupakan buku dari seseorang yang istimewa, mungkin sempena bulan Ramadhan nanti...mungkin boleh mulakan bacaan selepas bersahur, nak tidur semula nanti, silap2 terlajak nak ke opis hehehe...
emm...tapi takut nanti sampai habis bulan Ramadhan, tak dapat juga habiskan...bukan apa, bila bukak buku je...mata mula lah berat...tambah2 kalau buku2 ilmiah ni...kelopak tu macam ada pemberat je...huhuhu harap2 bulan pose ni dengan tak ada yg tumpang bergayut kat kelopak mate ...boleh la habiskan buku ni dan buku2 lain yang dah nak bersawang kat atas meja tu...
Wednesday, August 05, 2009
Sumari...
16 July yang lalu, terpaksa ke Kuching atas urusan kerja...dah la last minit bagi tahu, kelam kabut rasanya masa tu...pagi2 nasib tak tertinggal kapal terbang, kak zeti n che' din dah kecoh2 sbb tak sampai2 kat LCCT....isk3...nasib la abg kat kaunter tu kasi jugak check in walaupun kaunter dah tutup huhuhu...
sampai kat Kuching, kak zeti n che din, terus ke BDC, jadik kitorang berpecah, sbb kerja lain2. ikut mr. josim, ambik kawan dia n lepas tu kitorang terus ke 360' Hotel, tengok sikit2, klik! sana klik! sini...settle...lepas tu kitorang singgah sekejap kat Four Point by Sheraton, klik! sana klik! sini...emm...impressive...dalamannya mmg contemporary...baru je siap bangunan ni...lepas tu kitorang kelam -kabut, ke Rock Road Seafood, lady boss dah tunggu nak makan tengahari sama2...
dah kenyang...terus kitorang buat lawatan ke Riverbank, En. Shah jadi tour guide, tunjuk kedai2 yg dah byk kosong, galeri Nelson, n management office...alahai keciknya office diorang hehehehe...dapat la jugak jumpa Alicia kali kedua, last time dia yg datang HD... En Shah citer la jugak sikit2, apa yg dia cuba tambah kat bahagian tepi2 sungai ni, terutamanya laluan dari tmpt letak kapal ke bahagian atas...
lepas tu, kitorang kelam kabut, beli kek lapis n ikan terubuk sbb kena ada kat aiport dalam pukul 4.30ptg...emm...nasib la sempat beli serba sedikit....petang dalam pukul 7.30 kitorang selamat sampai semula ke LCCT.....penat mmg penat, perjalanan sehari yg cukup penat...
dalam pukul 4.30 semua settle tp kena ke damansara pulak untuk urusan yang lain, tunggu anna abis keja, lepas tu baru la bergerak ke damansara....tp perjalanan jadi lambat sbb byk rupanya polis main lepak2 kat tepi jalan hari tu waaaaaaa....
...tahun ni, di tarikh ini, mmg penat betul...harap2 tahun depan, di tarikh ini, dapat la buat perkara2 yg selalu dibuat mcm tahun2 sebelum ni...insyaallah kalau panjang umur.... ^__^