when a man's knowledge is not in order
the more of it has the greater will be
his confusion...

Saturday, July 31, 2010

The day before today...

Cuti...sengaja ambik cuti...dah lama tak ronda2...pergi tempat2 kegemaran...lama betul tak buat rasanya...jadi, sengaja ambik cuti, walau keja ada banyak lagi yang tak siap...tp semua tu boleh ditunggu kan....hihihi...

Pagi, ingatkan nak terus pergi kl, tp mlm sebelum tu, dok periksa buku 99, ada la pulak satu page hilang...tak print rupanya...al kisah betul....dah kena singgah opis, print sehelai muka surat yang hilang tu dulu...dalam pada menunggu tu, sempat pulak bergossip-gossip ngn teena semua...hehehe...sempat tu...diorang pun best gak ari ni, sbb my lady bagi haf day...hahahaha...berjimba sakan la budak2 ni... Dalam 11.30, berangkat dari opis, ingat nak singgah Taman Tun kejap, hantar draft 99 ni pada Pn. Rafidah (dateline nya dah dekat...siap nya belum lagi huhuhu...). Dah sampai Iqra Centre tu, gedubum...gedebam...bincang sikit2...settle yang patut di settle kan...hahahaha...apa lagi...masa utk berjimba laaa....

Telefon anna, ingatkan nak lunch sama...dah pulak tengahari dia nak keluar, buat keja...dah tak boleh lunch date sama...ok la tu..jadi agenda hari ni, diteruskan ke Central Market...yeaa....nak makan nasi ayam n riki2 hadiah untuk my lady...dok jalan2 tak tau nak beli, stool ke nak beli bekas handmade batik wood tu ker....jalan2 lagi, last2 buat keputusan beli bekas handmade batik wood tu je lah...
lepas tu dok belek2, tak tau pulak nak pilih bekas yang mana satu, yang ni cantik, yang tu pun cantik...yang mana yaa nak pilih...akhir sekali...pejam mata terus pilih yang ni....hahahahahaaa..ok la tu ya....

Photobucket

Masa kat CM tu, sempat gak singgah jap kat Annexe sebelah tu, tinjau2 apa yang ada kat galleri sana...ok la cuci2 mata sekejap...

Photobucket

Annexe gallery...

Photobucket
ok la pameran nya...hihihihi...

Photobucket
antara fliers yang ada...

Photobucket
takut tgk org2 tu...sebenarnya huhuhuhu....

Photobucket
bird eye...

Photobucket
jom makan jagung cup....

Photobucket
antara 2 jalan yang berbeza...apa pilihan kita....

Photobucket
haa...ni meeting antara baby...hahahahaha....tok ketua yang nampak belakang jer tu...

Lepas tu singgah Art Gallery pulak, lama betul tak datang sini...berkurun dah kot...hahahahahaaa...masa sampai tu, diorang tengah siapkan utk pameran ABC (Aneka Bahan Campuran kalau tak silap...) Tengok2 keliling, ramai jugak yang datang hari ni, ok lah...ada 2 pameran...Zulkifli Yusoff dan Triangle (utk artis2 dari Malaysia, Indonesia dan Philipine). Menarik memang menarik, tapi ada 2-3 benda yang kalau diorang ni perbaiki boleh buat artwork yang dipamerkan lebih ada impak, terutamanya skulpture2 , lampu2 yang dihalakan tak begitu memberi impak pada benda yang dipamirkan...nampak asal boleh je lampu2 tu diletakkan...ermmm....

Photobucket

Photobucket
Pameran solo...

Photobucket
Up or down?

Habis ronda2 kat Art Gallery, isi perut kat Marry brown dulu...tadi dah makan, jalan2 ni memang buat perut cepat lapar...lepas tu, singgah Popular kat Petaling Street, cuci2 mata tengok buku....hihihi...rasa cam nak beli semua....

Photobucket
teringin pulak nak makan ayam goreng...

Photobucket
Reggae...teringat lagu bob marley...

"Good friend we have...Good friend we lost...along the way......"

Photobucket
Bangunan apa nih...

Photobucket
Buah...buah...

Photobucket

Photobucket

...destinasi akhir...buat banking, sambil mencuci mata di kinokuniya...hahahaha...
sampai rumah dah letih betul...itu pun ada 2-3 tempat yang tak sempat nak pergi, salah satunya pergi re-new keahlian di perpustakaan kuala lumpur...nanti-nanti la yang satu tu...

Photobucket

haa...dalam seronok2 ronda2 hari ni, ni la dia nya...bak kata orang: biar lambat asal selamat...tak pun bak kata orang lain lagi: sabar itu separuh dari iman... ini semua gara2 kurang sabar lah ni...isk3...sabar jer lah ya...nak diingat pun buat sakit hati...jadi biar ajer lah...moga2 org yang terlibat tu...satu hari nnt dapat pengajarannya pulak...

jadi...itu lah kisah semalam sebelum hari ini...
Moga2 hari ini mendapat keberkatan...moga2 lebih dipanjangkan usia...moga2 lebih dimurahkan rezeki dan moga2 hati ni sentiasa dilimpahi kasih sayangNya...moga2 jiwa ni sentiasa berasa bahagia dan tenteram.... Amin..
Insyaallah... ^__^

Monday, July 12, 2010

Uuuu..la..laaaa......

Yezzz...berkurun lama...terbiar jer...blog ku ini hahahahaha...

hari ni tetiba teringat kat blog ni...singgah laa...menulis sepatah 2 kata...kira cam buat syarat jer la...tulis entri hihihi...
dua tiga menjak ni...bz ngalah kan menteri...nak buat benda2 yang amat2 disukai pun tak sempat...hobby...erm...
ntah kemana dah...ada tak ada singgah facebook, itu pun sbb bosan tahap gaban bila dah buat2 bzzz...ni...
hari2  dalam kepala...keja...makan...tido keja...khatulistiwa...99 names...rahsia...3d...tak siap lagi waaaaa...... macamana nih....rasa cam 8 jam keja tu...dah di bahagi 2...punya kejap masa berlalu...isk3....
ermmm...letih rasanya...esok kena gi keja lagi....waaaaaaaaaaaaaa................nak cuti...nak cuti....nak cuti..........

Uuu..laa...laaaaa...........jom bercuti...hahahahahaha....

tetiba teringat kat ninomiya maemi...kalau la watak tu betul2 ada kat alam nyata nih...rasanya kalau keja ngn dia mesti ari2 rajin gi keja kannn....hahahahaha...ni yang rasa nak tukar jadi pembuat kerusi pulak...mana lah tau...kot2 bleh keja ngan ninomiya maemi hahahahahaaa....

yezzzz...esok kejaaaaaa......Uuu...laa...laaaa.......

Wednesday, June 02, 2010

dua jun dua ribu spuluh...

hari ni...dah 2 Jun dua ribu sepuluh...last sekali tulis entri...erm...satu mac dua ribu sepuluh...lama juga yaa...mac...april...may...sekarang dah masuk jun...4 bulan...2-3 menjak ni nak buat entri kat sini pun takde mood...jiwa kacau hihihihi...mood pun hilang...ingat2 nak upload gambar jenjalan...tp mood pulak takde...masa pun takde...erm...berkurun la, gambar2 tu dok kat hard drive....

hari ni...bosan...keja...keja...keja...tangan pun sakit, terkehel...erm...lagi la takde mood...kalau terbang tu bleh hilangkan bosan, rasa cam nak terbang...tp kalau boleh terbang la kan...naik kapal terbang boleh la...hehehe...
tengok...ni mmg tahap bosan lah ni...merepek yg bukan2...huhuhuhu...

erm...bosannyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................................jiwa kacau.....

Monday, March 01, 2010

Internet Masa Kini...

dipetik dari website :http://www.zaharuddin.net

Usah Tertipu Dengan Skim Pelaburan Haram
& Skim Cepat Kaya Di Internet! 

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.
 
Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.
 
Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.
 
Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :- 
  1. Perniagaan Internet
  2. Program Internet   
  3. Pelaburan Internet  

1) Perniagaan Internet

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.
Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".
 
Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan
Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-
  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel
Perniagaan Berasaskan Produk
Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.
Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-
Produk Fizikal
  • Menjual Tikar
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik 
  • Menjual Buku 
  • Menjual Peta 
  • Menjual Model Kapal Terbang 
  • Menjual Menjual CD multimedia 
  • Menjual Cadar 
        Produk Digital 
  • Menjual Ebook 
  • Menjual Perisian-perisian 
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran. 
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional 
  • Menjual video-video tutorial dan bermacam-macam lagi...  

2) Program Internet

Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu "membina perniagaan internet".
Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-
  • Program Pengiklanan
    • Google Adsense
    • Text-Links-Ads
    • Bidvertiser
    • Nuffnang
    • Advertlets
  • Program Affiliate
    • Clickbank
    • Commision Junction
    • PayDotCom
    • Amazon.com
  • Internet MLM
  • Get Paid To Program
    • Get Paid to Read Email
    • Get Paid to Surf
    • Get Paid to Survey
  • Randomizer
  • Forced Matrix

3) Pelaburan Internet

HYIP (High Yield Investment Program)

Ini pula adalah kaedah yang paling-paling disukai dan digilai oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia... . Campak duit!... Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak? Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!
Peduli apa pihak penganjur buat dengan duit tersebut?
Peduli apa mereka itu ada lesen ke tidak?
Peduli apa halal ke haram?
Yang penting..... cukup bulan.. CONFIRM dapat untung sekian-sekian peratus!
HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website yang menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang menawarkan skim PELABURAN INTERNET ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan mengambil deposit daripada masyarakat secara haram.

*** 
untuk artikel lanjut, klik! http://www.zaharuddin.net/content/view/485/95/

isk3...mcm2, makin canggih kita dengan teknologi, semakin terdedah kita kepada perkara2 yang kurang elok...yang penting peluang untuk kita mengkaji sesuatu pun lebih meluas, jadi kita kena bijak menilai dan memahami duduk perkara sesuatu itu sebaik2nya...supaya kita tidak terjebak dengan perkara2 yang tidak baik, dan tidak beretika...emmm...entah lah, tepuk dada tanya selera...  ^__^
 

  
 

Wednesday, January 06, 2010

Updates : our new year...

UPDATES:

Venue : Felda Residences Hot Spring
- 70min (kalau bawa sederhana laju) dari KL...keluar tol Sungkai melalui Lebuhraya Utara Selatan.
- Kemudian lebih kurang 10min, dari simpang lepas tol Sungkai sampailah ke Hot spring nih...info, tempat ni dijaga oleh polis bantuan dan bukannya security yang biasa...kenapa? lupa nak tanya masa kat reception...hihihi...

Jenis penginapan yang ada:
a) Villa - 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik (baru siap Mac 2009) dan setiap villa ada private jacuzzi....
b) Standard Deluxe Room - tak ada jacuzzi tp dekat dgn reception area...

Aktiviti yang boleh dibuat...
a) Mandi di Mountain Pool - ada slide...pancuran mcm air terjun dan yang bestnya, life guard kat situ memang strict giler...pantang ada yg langgar peraturan...dia buat announcement...hihihi...
b) Berendam kat Hot Spring Pool - best la berendam dlm air suam2 kuku ni...tp ari tu ramai orang n yang tak bestnya...lumut banyak daaa...tp yg ajaibnya, lepas naik atas, kulit tak de pulak gatal2...emmm....
c) Rendam kaki dlm air panas sambil rebus telur...kitorang rendam kaki kejap je...hujan turun renyai2...
d) Jalan2 atas batu a.k.a foot terapi...jalan kejap je...dah give up...huhuhuhu sakit n mental tak kuat...
e) Spa village - servis dibawah Ayurveda...tak pergi pun tengok...sibuk berendam dalam kolam...tp masa tu ada promotion...yg ada dalam memori waktu ni...Reflexsologi, 25 min...RM20...ok la kan...

***
Servis ok! Makanan pun Ok la jugak...tp yang pastinya orang ramai yg datang balik hari pun memang ramai juga...makcik2 dari Korea pun sekumpulan datang...makcik2 dari Jepun pun ada...jadi boleh dikatakan tempat ni mendapat sambutan yang baik...

Dekat kawasan villa, 2 kawasan Felda ni tengah tanam2 pokok lagi...walaupun exterior finishes villa ni tak la marvellous sangat tp usaha Felda ni dari segi package dan faciliti agak bagus. So harap2 Felda Residences Hot Spring ni boleh maintain usaha dan servis yang tengah diusahakan...

Maklumat yang mungkin berguna kalau nak survey @ booking @ cuci mata...boleh klik!

http://www.plantationresorts.com.my

akhir kata...lepas pergi tempat nih...memang boleh rekemen kat orang lain... ^__^

new year poscard
new year poscard...

villa pat
villa pat...

patio
rilex area...

bedroom
quite big room...

kitch
bole masak2...ada rice cooker k...

tram info
tram info...tak naik pun hihihi...

eskerim
eskerim...ermm...

restaurant
tmpt dinner...

lalalalalala
lalalalala...tak sah kalau tak ada gmbr makanan ...

salad
ini salad...

ulams
ulams..

kerabu
kerabu...

at night
night view...

_______________________________________________________________________________
pembuka 2010...jalan2..cuti2...malaysia...
tahun 2009...erm...mmg jalan2..cuti2 malaysia je...huhuhuhu tak cukup duit dok diam2 kan...tp kira ok lah, melaka, sabah, pd n last sekali sungkai...oklah tu utk tahun 2009...bak kata orang lain, tahun recession...erm...

tp...taun ni...2010 nak jalan kemana lagi yek...hihihi...
sakura berbunga kembali...mungkinnnn....huhuhuhu...

Wednesday, December 30, 2009

Tomorrow....



The sun'll come out
Tomorrow
Bet your bottom dollar
That tomorrow
There'll be sun!

Just thinkin' about
Tomorrow
Clears away the cobwebs,
And the sorrow
'Til there's none!

When I'm stuck a day
That's gray,
And lonely,
I just stick out my chin
And Grin,
And Say,
Oh!

The sun'll come out
Tomorrow
So ya gotta hang on
'Til tomorrow
Come what may
Tomorrow! Tomorrow!
I love ya Tomorrow!
You're always
A day
A way!

Friday, December 18, 2009

Sepagi di Zoo Negara

Cuti sekolah kali ni...at last, bawak juga la Atif ngn abang2 dia ke Zoo Negara, tiap kali datang sini, asyik tak sempat je...tp kali ni bawak juga lah...hehehehe...
Best juga gi zoo ni, lagipun memang dah lama pun tak pergi mana2 zoo...last sekali dulu...rasanya Zoo Taiping, itu pun ntah berapa tahun yang lepas...

Seronok rupanya tengok binatang-binatang ni...

...enjoy...

atif
Atif at entrance

squirrel
Squirel

landak
Landak

penguin
Satu2 nya spesis penguin yang penakut...ada ya huhuhu...

bruang matahari
Beruang matahari

seladang
Garangnya muka...nak snap gambar pun terasa2 dia pandang...

baby hipo
Baby hipo...cute...hehehe

orang utan
Orang Utan...pernah tak rasa sayu bila pandang mata nya....?

kasuari
Tweet...tweet...

atif at savanah entrance
Atif lagi...huhuhu...

giraffe
Zirafah

zebra
Kuda belang

rhino
Rhino

birds
Panas2 ni mmg burung2 ni suka lepak2 kat dlm air...

kangaroo
Salah satu spesis kangaroo

orang utans
Orang utan lagi

tree top
Pandai tu minum air kotak...hehehe

atif
Atif baling2 pisang...tp orang utan tu buat dek je hehehe

akif
Angah a.k.a Akif

afif
Abang a.k.a Afif...dah besar rupanya diorang ni....

bangau
Kurus je kaki nya...hehehe

tasik
Air tasik yang hijau....

landscape
Redup pokok...

tiger
Rimau...auummm...

singa
Singa...

kure2
Kura2

eat bananas
Bagi makan pisang

martin
Atif kata ini...Martin...iyealah tuuu...

little boy
Budak lelaki ni begitu beria2 nak snap gambar zirafah...cute je..

angah
Angah + Gajah...

elephant
Gajah ni nak pisang...

birdies
Lepak ramai2...

bird on tree
Burung di atas pokok...

swan
Swan...
___________________________________________________________________________________

 Ok lah...sepagi di Zoo Negara...walaupun panas...tapi redup2 pokok tambah ngn angin sepoi2 bahasa...memang seronok la...dibanding dengan hari2 ngadap kerja kat opis kan...satu perspektif yang berbeza....takde la dok kat atas satu line je kan...  ^__^


Designed by Blog Need Money