when a man's knowledge is not in order
the more of it has the greater will be
his confusion...

Monday, December 29, 2008

1430H

Salam Maal Hijrah 1430H!

Tip...tap...tip...tap...setahun lagi sudah berlalu!
Bila masuk tahun yang baru, orang sering bertanya...
"Apa resolusi tahun ini?" dan kita pun akan berkata...
"Oh, tahun ini hendak rajin dari tahun lepas..."
atau mungkin akan berkata...
"Tahun ini hendak bekerja bersungguh-sungguh, nak naik pangkat, nak naik gaji...bla..bla..bla..."
dan mungkin juga ada yang berkata...
"Tahun ini, nak cuba jadi muslimin yang lebih baik dari tahun lepas, tak tinggal solat, tak lupa berzakat dan tak mahu berprasangka dengan orang lain..bla...bla...bla..."

Emm...sebut mengenai resolusi ni, sejauh mana pula kemampuan kita dalam cuba memenuhi tekad yang dibuat di setiap awal tahun ini...bolehkah dianggap ianya satu perjuangan...tentu saja boleh dikira sebagai satu perjuangan, kerana ia merupakan janji kepada diri kita sendiri. Tekad yang dibuat atas semangat untuk membawa perubahan ke arah kebaikan...barangkali...

Apa pula resolusi diri sendiri pada tahun ini?

Petang semalam, duduk di depan TV, sebelum masuk waktu Asar, TV3 menyiarkan doa akhir tahun...Alamak! hampir terlupa, nasib baik TV3 ingatkan...Kalau tidak, sah, memang lupa nak tutup akhir tahun dengan doa...dalam hati, harap-harap tak lupa, doa awal tahun pula semasa maghrib nanti. Emm...hampir-hampir juga terlupa, nasib baik TV3 ada juga siarkan doa awal tahun...tulah, kejap sahaja boleh terlupa dan terlalai...

Doa akhir tahun sudah...
Doa awal tahun pun sudah...
Apa janji pada diri sendiri untuk tahun yang baru ini...
Apa perjuangan yang ingin dibuat di sepanjang tahun ini...
Emm.....



Ini hadiah sempena tahun baru 1430H. Tertarik dengan 2 perkara...Pertama tentu sahaja, cover buku yang berlatarkan hitam ini...Kedua, sinopsis di belakang buku...menarik-narik hati untuk mengetahui kisah yang tertulis di dalamnya...

"...manual bagi setiap mukmin yang berdaya juang. Ia diyakini mampu meningkatkan roh perjuangan..."

Kisah mengenai hidup nabi serta peperangan di zamannya...Tentu saja menarik bagi diri saya ini, kerana kisah-kisah sejarah memang amat disukai walaupun masa sekolah liat betul nak ingat tarikh-tarikh penting yang masuk exam...

Yealah, fikir-fikir semula...ini kisah perjuangan penting dalam sejarah Islam, tentu saja menarik, tentu saja penuh pengajaran dan kesedaran. Kalau hari itu, boleh bersabar menghabiskan 49 episode mengenai sejarah 'Yoshitsune', masakan tidak untuk kisah insan teladan sepanjang zaman ini...Kalau hari itu, boleh menghayati kisah fiksyen Laksamana Sunan, masakan tidak untuk kisah hidup dan perjuangan Nabi akhir zaman ini...

Buku yang bermuka surat 395 ini, tentu saja satu permulaan yang baik dalam pencarian perjuangan yang sebenar...insyaallah...

Semoga tahun baru ini, kita semua mendapat keberkatan dan keredhaanNya serta dipermudahkan setiap urusan...

Semoga di sepanjang tahun 1430H ini, kita semua sentiasa dilindungi dari keburukan dan kejahatan terutamanya daripada manusia yang berniat buruk...

Semoga tahun ini, kita semua mendapat kebahagiaan, kesejahteraan dan kejayaan...

Amin...



Salam Maal Hijrah!

(hahahaha...godek2 hard disk...jumpa la pulak file lama ni...tambah2 sikit ikut perkembangan semasa...rindu nya zaman2 ni...problem sikit, takat nak risau dateline ngn lecturer...apa la sangat yaa...)

2 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Wan
Salamt maal hijrah wan..macam-macam azam tahun ini akak buat, lepas maghrib mesti mengaji konon2nya..tapi ari ni lepas berbuka puasa..dah makan mee bandung..mata pulak mengantuk..alahai syaitan sedang mengoda..dan kita manusia selalunya tewas..he.he..jaga diri wan..

wanupeh said...

hehehe...kak norhayati tinggalkan track buat julung2 kalinya....^__^

time kasih sudi menyinggah di blog yg tak seberapa ni...

smoga...semua resolusi kak yati tahun ni...tercapai...amin...
^__^


Designed by Blog Need Money