when a man's knowledge is not in order
the more of it has the greater will be
his confusion...

Monday, September 07, 2009

Cerita di awal minggu lalu...

Isnin: emm...biasa2 sahaja. Cuti hari ini...Selamat Hari Merdeka! Balik dari rumah Atif. Mengantuknya sepanjang jalan. Paling tak suka memandu kalau mata kelat semacam. Sampai rumah terus flat...huhuhu...

Selasa: Arghhh...lepas sahur tido, terbangun lambat. Ingatkan nak naik Elite pergi kerja, sekali hari mendung, nasib tukar fikiran, tengah jalan hujan lebat betul. Sms kZeti, masuk lambat, sah2, hujan...jalan mesti sangkut-sangkut...

Dalam perjalanan kZeti call, kata meeting postpone (hehehe ada meeting pagi, tapi datang kerja lambat...) tp tak cakap pula kenapa. Ligatlah otak berfikir dan terfikir. Eh...eh...em... takkan lah...teringat malam sebelumnya lady Boss kata ayahandanya masuk ICU dan dia tak join meeting tu....emm... kenapa meeting cancel...terus call Abg Aidi, emm...sah apa yang terfikir tadi memang betul. Innalillah...ayahanda lady Boss telah pulang ke rahmatullah. Dalam hati, terbayang betapa sedihnya lady Boss yang sememangnya amat2 rapat dengan ayahandanya. Teringat kira2 20 bulan lepas, masa ayahandanya terkena stroke, tersedu2 lady Boss dalam telefon...
Emm...

Sampai-sampai ofis, kZeti busy giler (kak Long cuti) telefon sana, telefon sini...Hujan kat luar masih turun renyai-renyai. Dalam pukul 11.30, ikut kZeti balik rumah di Puncak Alam, nak tukar baju...silap nak pinjam baju sebenarnya (yealah, takkan nak ziarah jenazah, pakai jeans kot...isk3...tak sesuai langsung). Lagipun nak balik rumah sendiri tukar baju, mau sejam pergi, sejam balik (isk3...boleh sampai kampung tuu...2 jam). Kelam kabut, kelam kabut, nasib la muat juga baju kZeti ke badan ni, lagi pinjam sandal kZeti juga...(takkan la pulak nak pakai baju kurung dengan boot kan...huhuhu...), lepas tu sedia la kitorang bergerak ke rumah ayahanda lady Boss.

Sesampai saja ke rumah ayahanda lady Boss, mak aihhh, jalan sesak sikit, orang pun dah ramai, ikut cerita jenazah akan disemadikan selepas asar...Dah sampai depan rumah, kitorang segan lah pulak nak masuk ikut depan, orang ramai giler kat pintu depan. Nampak Jamal, dia suruh masuk ikut pintu sisi...Baru nak tanggalkan sandal...arkkk...tali yang banyak2, putus 2 urat sebelah kanan...isk3, sandal kZeti ni dah reput la pulak hehehe...

Nak masuk ikut sisi pun kitorang segan, jadi tunggu la kak Long sebab dah janji pukul satu jumpa kat situ. Bila kak Long sampai, berderet-deret la kitorang masuk ke dalam...perasaan masa tu jangan cakap la...sedih pun ada, segan tu tak payah citer la, dah tak relevan. Semasa hidupnya, pernah juga la jumpa arwah 2-3 kali, tapi bila terfikirkan lady Boss, macamana penerimaan dia dengan kehilangan ni, yang buat emosi sedikit terganggu...
Sampai kat ruang depan, dah nampak jenazah yang kaku terbaring...emmm...isk3... pengalaman macam ni memang tak banyak, jadi tak pandai sangat nak bereaksi... nampak lady Boss, muka pucat , mata sembab...mula2 kak Long peluk dia, lady Boss dah nangis, lepas tu kZeti pulak peluk dia, nangis lagi...isk3...ni yang lemah ni, bab2 menenangkan, memujuk ni memang kurang sikit pengalaman... Bila sampai masa jumpa Lady Boss, peluk dia kuat2, suruh bersabar dan moga roh arwah dirahmati, terasa gengaman yang kuat dibalas oleh lady Boss yang semestinya masa tu amat2 memerlukan sokongan orang keliling...emm...

Lepas beberapa ketika, terpaksa ikut kak Long dan kZeti ke bank, dekat je, boleh jalan kaki... sarung sandal, baru nak jalan 2-3 tapak, semua tali2nya putus...huhuhu...apalah malang nasibku ini, sah sandal kZeti ni dah reput... Nasib kak Long ada kasut dalam kereta dia (kereta dia kat simpang depan nun...huuhuhu jauhnya rasa) Masa nak sampaikan kaki ke gate utama, semua orang2 yang kat tepi2 tu tengok termasuklah 2-3 orang polis yang terpacak kat tepi gate tu...arkkk...tengok diorang senyum...tuhan aja lah yang tau berapa inci ketebalan muka telah berganda. Nasib la , buat2 selamba derk ni memang kepakaran...
Sementara tunggu kZeti ambilkan kasut, jadilah penjaga gate sekejap huhuhu... masa Pn. Sharifah Reapfield sampai, memang dah rasa cam penjaga gate dah, tak pun penyambut tetamu hehehe...

Settle urusan pengeuaran duit dekat bank, kitorang kembali semula ke rumah arwah, dan tunggu sampai jenazah di bawa ke masjid bkt damansara untuk solat jenazah. Sebelum balik jumpa semula lady Boss, peluk kuat2 lagi dan lepas tu bergerak semula ke ofis...masa tu dah pukul 4.00 ptg. Kira seharian tak buat kerja pun, kemas2 barang sikit, telefon sana telefon sini, settle sikit kerja yang tertangguh. Kena balik awal sebab malamnya nak hadir ke kenduri tahlil...sampai rumah kelam kabut mandi, bersiap...tup2 kZeti call tak dapat pergi ke kenduri...emmm...automatik, malas juga nak pergi...(segan nak pergi sorang2...) hehehe... tapi esoknya kitorang pergi ramai2 ke kenduri tahlil tu...lady Boss masih nampak sedih dan sedikit pucat...emm...moga2 roh arwah diampuni dosanya dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Amin...

kenapa ambil gambar ni? entah?

patio yang menghubungkan pintu utama

antara yang hadir...

ini juga antara yang hadir...huhuhu...

emm...

lihat betul2...antara yang hadir tengah menunggu...

0 comments:


Designed by Blog Need Money