when a man's knowledge is not in order
the more of it has the greater will be
his confusion...

Monday, March 28, 2011

Setahun yang lalu...

28 haribulan 3...setahun yang lalu...

Photobucket

lama betul tak update blog ni...lama betul tak tulis-tulis kat dalam ni...lama betul tak godek-godek album gambar kat hardrive komputer...lama betulll...

bila Japan jadi famous 2-3 menjak ni disebabkan gempa bumi dan tsunami, tergerak balik hati ni nak jenguk-jenguk gambar di Jepun tahun lepas.....rindu datang pada negara matahari terbit ni, tambah-tambah bila hari2 menjenguk website Time Magazine, banyak gambar-gambar dari Photojournalist yang mencuit-cuit hati ni...sedih, sebak dan 1001 macam rasa lagi...dua kali menjejak kaki ke sana buatkan hati jadi sayu dengan apa yang berlaku kat sana baru-baru ni...Jepun memang sebuah negara pilihan hati sejak dari dulu...suka dengan negara ni yang begitu tersendiri, suka dengan udaranya (tambah2 kat kawasan kampung2 nya)...suka dengan orang2 tempatannya (tambah2 di pekan2 kecil)...suka dengan budayanya...suka dengan arkitektur nya...tamannya...sistemnya...pendek kata memang terlalu suka dengan negara ini...

Aomori...salah satu kawasan yang terkena dengan bencana alam ini, merupakan destinasi yang didalam cek list kalau berkemungkinan pergi menjejak ke negara matahari terbit ni lagi...sebelum ni, kawasan yang kitorang pergi kebanyakkan nya terletak dibahagian selatan...dan Aomori ni terletak di bahagian utara. Insyaallah...panjang umur, mungkin boleh melawat ke Aomori ni..walau kawasan tu dah mungkin tak sama seperti tahun lepas...nak membangunkan semula kawasan tu memang bukan calang-calang kerjanya...tapi Jepun ni memang negara yang luar biasa kekitaannya...pastinya orang2 Jepun ni dapat bangkit dan membangunkan semula tempat-tempat yang telah musnah ni...(dengan harapan jangan laa isu Nuklear Plant tak dapat dibendung kan...)

Duduk-duduk 2 hari hujung minggu, mengingatkan kepada ketika yang sama semasa tahun 2010. Waktu itu di ketika ini, berada di Pulau Shodoshima...2 hari lepas di tahun lepas, berada di Takayama...hari ni godek-godek hardrive, jumpa apa yang dicari...gambar2 tahun lepas yang dah jadi kusam ceritanya...yang mana gambar2 ni...tak ada diupload ke blog ni...bukan tidak mahu, bukan tiada masa cuma tiada rasa...

Jadi bila rasa tu datang semula, kemahuan tu ada, kerajinan pun datang, masa pun seperti biasa akan ada walau terpaksa di ada-ada kan juga...

1 comments:

Unknown said...

Ye ke? Cam gempak je!?


Designed by Blog Need Money