when a man's knowledge is not in order
the more of it has the greater will be
his confusion...

Tuesday, June 30, 2009

Terkenang sekejap...


Lebih 20 tahun yang lalu...comot...nakal...tp selalu gembira...
Darjah satu...masih ingat lagi...Darjah satu Kuning. Yang berdiri ditepi sekali, ialah cikgu kelas kami, Cikgu Samsiah Alang. Bagi seorang budak 7 tahun, Cikgu Samsiah Alang merupakan seorang guru yang cukup baik, tidak terlalu garang walaupun masih tegas menghadapi kami-kami yang nakal ni... Kalau ditanya pada saya masa itu, "Saya suka Cikgu Samsiah" pasti itu lah jawapannya ^__^

Sebut pasal kawan-kawan, tak semua nama mereka ini saya ingat...Dah pudar dan samar nama setiap seorang, tetapi 2-3 nama masih dlm ingatan...

Ok, dari kanan bawah sekali...
+ Tina, Zulaikha (Tina dan Zulaikha ni kembar tak seiras), Siti Hajar, Laili Karim,X, Aisyah, Anne,X, X, Susan, Chang Suet Fun

Baris kedua dari kanan sekali...
+ X, X, Vivian Koh, X, X, Azwa, Kavitha,X, ehem...sapa ni...hihihi...,X, Chang Suet Ping (kembar tahun dengan Chang Suet Fun)

Baris ketiga dari kanan sekali...
+ Shamsuri, Ng Kam Wai (paling nakal dlm kelas), Leong Lai Yan, Moh Mun Cheng,X, Faridah, Fatimah Haslina, Jasvinder Kaur (pernah kena buli dengan dia ni dulu huhuhu)X, X, Ravi

Baris atas sekali dari kanan...
+ X, X, X, X, X, X, X, Jamil, Ibrahim, X

huhuhu...ramainya yang dah tak ingat nama...



17 tahun selepas itu, inilah kawan-kawan sebagai teman yang sama-sama menghabiskan zaman bersekolah...

Baris depan dari kiri...
+ Ayee, Bukh, Rizal, Pogy, Mus, Ude, Rizal, Ramos

Baris dua dari kiri...
+ Joe, Pak Mat, Joanne, Siah, Wawa, Izan, ehem...sapa ni, Sally, Roza, Jihe, Hafiz

Berdiri atas sekali dari kiri...
+ Cah, Put-3, Kak Chik, Najah, Nadia, Yus, Ayu (* dalam gambar ni, hanya Dian yang takde...ntah mana dia pergi masa tu hihihi...)

emmm...masa form 5, satu kelas rapat walaupun banyak issue hahahahaha...tapi diorang ni semua memang tak luput diingatan, banyak yang sama-sama diharung, walau pahit, walau perit, inilah kawan-kawan yang sentiasa ada disamping, buruk baik sama dihadapi...


Ini satu-satunya gambar kitorang satu tingkatan, ramai tak ramai, bila kumpul macam ni, dah macam semut, kecik je ya...tapi kalau ikut, tak le ramai mana, 200++ aje, kalau orang yang mesra alam, mesti tau nama sesama sendiri walaupun tak rapat mana. Yealah, pusing-pusing orang tu, toleh-toleh orang ni...kan...

Bila belek-belek album lama, rindu zaman bersekolah...tp masih ingat masa sekolah dulu...tak sabar-sabar nak jejak dunia luar...bila dah bekerja, bila fikir-fikir balik, seronoknya zaman dulu-dulu...masalah tak banyak mana, kawan-kawan ramai, ujung bulan tak payah pening-pening buat budget, bayar hutang sana, bayar hutang sini...emmm...seronoknya zaman kecik-kecik... ^__^

terkenang sekejap.....

_______________________________________________________________
good friend we have...
good friend we lost......
along the way...

1 comments:

idasm said...

salam kak.. lamanya akak tak update blog.
boleh tahan jugak memori akak mengingati nama teman2 yea..
bila terkenang saat lalu.. mesti ada yg mencuit hati kan..


Designed by Blog Need Money