when a man's knowledge is not in order
the more of it has the greater will be
his confusion...

Wednesday, August 19, 2009

R.E.S.E.T

tengah-tengah menaip hari ni, tiba-tiba terdetik sekejap...jika hidup umpama keyboard @ papan kekunci. Untuk memastikan tindakan, tekan ENTER, untuk keluar dari sesuatu aplikasi dengan segera, tekan ESCAPE, untuk menyimpan data, tekan SAVE...alangkah mudahnya hidup kalau ianya seperti papan kekunci. Tekan dan semuanya terjadi...

tak mahu boleh UNDO, tak mahu boleh DELETE...tapi itulah, kalau hidup ni boleh di RESET, bayangkan hidup yang tiada kesudahan...
Bosan sikit, RESET...tersilap langkah, RESET...tak puas hati dengan apa yang ada juga RESET...bayangkan hidup yang begitu jika adanya RESET....tentu saja, tiada kesudahan, tiada penghujungnya...kerana manusia itu pantang diberi kesempatan...

Berjalan-jalan di alam maya dalam 10-15 minit sebelum memulakan hari di pejabat, membawa kepada blog yang sering kali dikunjungi jika berkesempatan. Tajuk 'putus harapan' membawa pemikiran kepada satu dimensi bahawa manusia itu sememangnya memerlukan HARAPAN. Tanpa HARAPAN, hidup tiada makna. Kecil @ besar sesuatu harapan bukan ukuran tetapi apa yang penting, rasa yang ada dengan adanya HARAPAN itu...HARAPAN membawa kepada motivasi, HARAPAN juga membawa kepada inspirasi...

Daya juang mungkin...untuk meneruskan hidup, keyakinan juga mungkin untuk percaya kepada sesuatu...

Jadi HARAPAN itu merupakan sesuatu yang besar untuk ada dalam diri setiap dari kita yang berjalan di muka bumi ini...

Mengetahui seseorang yang mungkin putus harapan, bukan sedikit rasa terkilan yang dirasai. Tambah-tambah jika kita tidak tahu dan pasti bagaimana untuk membantu, bagaimana untuk bertindak balas...atau bagaimana untuk menjadikan HARAPAN baru sebagai hala tuju...

apa yang pasti, HARAPAN itu sentiasa wujud selagi kita percaya kepada yang SATU...
setiap satu butang papan kekunci, mempunyai tindakan yang telah kita, manusia tetapkan... hidup sememangnya bukan papan kekunci, tetapi tindakan kita setiap dari satunya mempunyai fungsi yang sama...dan kita menentukan setiap tindakan yang akan kita ambil yang akan kita pilih...sama ada yang baik atau yang buruk...kerana dalam hidup ini setiap satunya sudah ada garis dan panduan...hanya kita sahaja yang sering kali terlupa akan wujudnya garis-garis itu...

hanya satu pemikiran ...
________________________________________________________________

Salam Ramdhan dan Selamat Berpuasa... ^__^

Ini merupakan buku dari seseorang yang istimewa, mungkin sempena bulan Ramadhan nanti...mungkin boleh mulakan bacaan selepas bersahur, nak tidur semula nanti, silap2 terlajak nak ke opis hehehe...

emm...tapi takut nanti sampai habis bulan Ramadhan, tak dapat juga habiskan...bukan apa, bila bukak buku je...mata mula lah berat...tambah2 kalau buku2 ilmiah ni...kelopak tu macam ada pemberat je...huhuhu harap2 bulan pose ni dengan tak ada yg tumpang bergayut kat kelopak mate ...boleh la habiskan buku ni dan buku2 lain yang dah nak bersawang kat atas meja tu...

sejauh mana kita mengetahui kewujudan dan cerita disebaliknya...

0 comments:


Designed by Blog Need Money