when a man's knowledge is not in order
the more of it has the greater will be
his confusion...

Monday, March 01, 2010

Internet Masa Kini...

dipetik dari website :http://www.zaharuddin.net

Usah Tertipu Dengan Skim Pelaburan Haram
& Skim Cepat Kaya Di Internet! 

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.
 
Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.
 
Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.
 
Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :- 
  1. Perniagaan Internet
  2. Program Internet   
  3. Pelaburan Internet  

1) Perniagaan Internet

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.
Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".
 
Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan
Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-
  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel
Perniagaan Berasaskan Produk
Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.
Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-
Produk Fizikal
  • Menjual Tikar
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik 
  • Menjual Buku 
  • Menjual Peta 
  • Menjual Model Kapal Terbang 
  • Menjual Menjual CD multimedia 
  • Menjual Cadar 
        Produk Digital 
  • Menjual Ebook 
  • Menjual Perisian-perisian 
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran. 
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional 
  • Menjual video-video tutorial dan bermacam-macam lagi...  

2) Program Internet

Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu "membina perniagaan internet".
Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-
  • Program Pengiklanan
    • Google Adsense
    • Text-Links-Ads
    • Bidvertiser
    • Nuffnang
    • Advertlets
  • Program Affiliate
    • Clickbank
    • Commision Junction
    • PayDotCom
    • Amazon.com
  • Internet MLM
  • Get Paid To Program
    • Get Paid to Read Email
    • Get Paid to Surf
    • Get Paid to Survey
  • Randomizer
  • Forced Matrix

3) Pelaburan Internet

HYIP (High Yield Investment Program)

Ini pula adalah kaedah yang paling-paling disukai dan digilai oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia... . Campak duit!... Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak? Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!
Peduli apa pihak penganjur buat dengan duit tersebut?
Peduli apa mereka itu ada lesen ke tidak?
Peduli apa halal ke haram?
Yang penting..... cukup bulan.. CONFIRM dapat untung sekian-sekian peratus!
HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website yang menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang menawarkan skim PELABURAN INTERNET ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan mengambil deposit daripada masyarakat secara haram.

*** 
untuk artikel lanjut, klik! http://www.zaharuddin.net/content/view/485/95/

isk3...mcm2, makin canggih kita dengan teknologi, semakin terdedah kita kepada perkara2 yang kurang elok...yang penting peluang untuk kita mengkaji sesuatu pun lebih meluas, jadi kita kena bijak menilai dan memahami duduk perkara sesuatu itu sebaik2nya...supaya kita tidak terjebak dengan perkara2 yang tidak baik, dan tidak beretika...emmm...entah lah, tepuk dada tanya selera...  ^__^
 

  
 

1 comments:

idasm said...

slaam kak, dengar2 akak nak ke jepun yea. bercuti ke kerjaya? apa2 pun ida ucapkan selamat jalan ye kak. moga segalanya berjalan lancar. safe journey!


Designed by Blog Need Money