when a man's knowledge is not in order
the more of it has the greater will be
his confusion...

Wednesday, March 18, 2009

Kenangan lalu...

emm...
teringat 2 tahun lepas...
penat? mungkin juga
letih? memang ada
tapi itu 2 tahun lepas...
sekarang bila tengok gambar2 ni dalam buku, semua rasa penat, rasa letih tu dah tak ada...walaupun masa tu, ada rasa nak marah, ada rasa nak nangis (mmg dah nangis pun hehehe...), bergaduh bertikam kata tak payah nak kira la kan...isk3...tp itu lah 2 tahun lepas.

sekarang 2009...

rumah ni pn rasanya dah cukup banyak dah habuk yang terkumpul. sebut pasal habuk, teringat masa dekat nak raya cina masa tu...ya Allah, tuhan je yang tahu, macam mana kelam kabut keadaan masa tu...isk3...masa ni rasanya, Bob, dia je saksi keadaan yang turut sama2 rasa macamana perasaan masa tu...memang tak terbayang dah rasanya hehehe...

preview...

preview lagi...

oklah, ini gambar2 dari simpanan peribadi, tangga ni untuk ke bahagian pool room kat bahagian basement. satu yang bestnya, rumah ni bila waktu malam memang happening la dengan lampu2...kalau dah nak masuk magrib lagi syahdu...mana taknya, senja dah rembang2...rumah pun dah bercahaya, lepas tu azan dari masjid Wilayah berkumandang... isk3...memang orang kata menusuk terus ke kalbu lah...pulak tu ada angin sepoi2 bahasa...

preview...master living...

preview...master bedroom...

preview...one of my favourite wallpaper... ^__^

emm...tengok piano ni, teringat masa diorang dok hantar masa tu...giler berat piano ni..

preview...dining room...meja ni buat teringat kat nizam...seribu satu cerita ya...hehehe... lukisan kat belakang tu dari paul gauguin, dari jauh ni tak nampak apa yang istimewanya hehehe...tp kalau tgk dekat2, segan mak cik nak citer...skang tmpt ni kadang2 jadi port utk discussion a.k.a meeting...emm...kalau nak tahu, surface meja ni, berkali dah kena touch up. last2 tukar terus laminate atasnya...senang citer...isk3

preview...kitchen...

last sekali...preview untuk master bathroom...sunken bath tub...emm...jenuh juga la mr. robert tu nak settle kan part ni...maintenance access la, itu la, ini la...tp dari incik ini la kita banyak belajar yaa...ar n anna...tp bab bebel tu yg tak larat nak dengar kan...hehehehe...

walau macamana pun, ini citer 2 tahun lepas tp rasanya untuk kita2 ni (ar...anna...bob...) seribu satu cerita, pengalaman, saat manis...duka yang kita cipta dan kita rasa...dari awal sampai ke hujung...seronoknya masa2 dulu ya... ^__^



p/s: Ar...ini saja dimasukkan khas untuk ko...hehehe...zaman ni, kwni selalu rasa, rambut ko style ala2 Roxette...lagi ada interframe dari lady Boss kan...manalah tau kalau rinduuu... hehehe...tp tu lah, goyang2 sikit la...dah sah masa tu guna kamera 3 mega pix jee...so...enjoy... ^__^
_________________________________________________________________________________________

art requires philosophy
just as philosophy requires art
otherwise...what would become of beauty...
-paul gauguin-

Thursday, February 19, 2009

Siri Hamster!

Ini Atif...

Gambar-gambar ni diberi nama siri Hamster, sebab pada masa ni, si Atif ni tengah obsess dengan hamster....waktu ni, dia datang bercuti masa cuti sekolah yang lepas. Jadi terpaksa lah tinggalkan hamster 2 ekor dia kat rumah...sian si Hamtaro dan si Lini...

Waktu cakap kat dia nak ambik gambar untuk siri Hamster, tengok je la gaya posing nya...ntah apa-apa aje si Atif ni...apa-apa je la ya...Atif...isk3

Lokasi: Masjid India
Masa:02.03 ptg
Tarikh: 27 Dec 2008


1.


2.


3.

______________________________________________________________
life is just a mirror
and what you see out there
you must first see inside of you...
-wally 'famous' amos-

Tuesday, February 17, 2009

2 minggu ini...

2 minggu ini...
merupakan masa-masa yang rasanya penuh dengan emosi...penuh dengan rasa yang tak menentu...

2 minggu ini...
telah meletakkan diri sendiri dalam situasi yang agak keliru...rasanya tak pernah-pernah dalam hidup ni, rasa keliru yang semacam ni...

2 minggu ini...
juga mewujudkan kembali satu perasaan halus yang selama ni entah kemana menghilangnya...

itulah yang dirasa selama...2 minggu ini...

bercerita tentang 2 minggu ni, rasa-rasanya ramai juga yang terkejut dengan hasilnya...tapi kita letak tepi tentang tu...yang paling penting nak diceritakan ialah 2 minggu ini...

bermulanya dengan keputusan, diakhiri dengan keputusan...tapi kesannya merupakan intipati yang tak dapat disangka dengan hati yang kononnya tahu tentang isinya.

benar juga kata sesetengah orang, jiwa yang kacau, boleh membawa derita...mana tak derita, badan sakit-sakit, duit terbang melayang. Atas kecuaian sendiri, itulah harga yang harus dihadapi...isk3...maaf dihulur kepada saudara Sharul...nasib lukanya sedikit, cedera badan scooter aje di sana-sini (arghhh...bankrupt makcik, 2 scooter masuk bengkel...) tapi alahamdulillah, hutang dibayar secepat yang boleh, sangsi yang datang terlerai sudah... harap-harap kita tak berjumpa lagi...ya, incik Sharul...(malu makcik!!!)

Dalam bahu terasa sengal, air mata dah nak tumpah, handle scooter dah bergegar semacam...tapi apa-apa pun kena sampai ofis dulu. Sampai di ofis, telefon berbunyi, masa ni air mata dah turun, walau suara tersekat-sekat tapi masih maintain...(last sekali nangis depan orang, depan pn syikin, sebab thesis yang sangkut sebab apa ntah...isk3). Masa ni, air mata tu bukan sebab terkejut accident sangat, tapi lebih kepada kekurangan upaya minda dalam mencapai kata sepakat dengan hati yang berbelah bahagi. Pendek kata, inilah yang dikategorikan masalah 'emosi management'. Emm...keliru dalam emosi management, ada ke benda-benda macam ni...Orang dulu-dulu susun duduk perkara cukup elok rasanya, kalau tak, tak ada lah peribahasa, 'tepuk dada tanya selera'. Bertanyalah kita kepada diri sendiri, dalam hidup apa yang kita mahu lakukan, dalam hidup apa yang ingin kita capai... kemana hala tuju...apa matlamat kita...

Mengenali beberapa orang insan disekeliling, sedikit sebanyak membuka mata yang terpejam dalam celik...Mendengar masalah-masalah disekeliling juga memberi ruang untuk menilai, hidup ni bukan sekadar ini sahaja, ianya lebih dari yang kita jangkakan...hidup tak mudah tapi hidup boleh dipermudahkan...Air mata seorang teman membawa gambaran, emosi itu milik semua, rasa itu satu perasaan, dan sejauh mana kita menghargai perasaan kita serta tegarkah kita dalam berhadapan rasa itu...

Sepuluh kali, dua puluh kali, bertanya kepada hati, jawapannya tetap sama. Mungkin jawapannya memang ada disitu selama ni. Petua dari seorang kenalan dijadikan eksperimentasi (ada ke ayat ni?)...Makin hari makin berdetak-detuk iramanya...Bertanya lagi kepada hati, adakah ini petandanya...emm...

2 minggu ini...
Lengkap sudah kiraannya...sangka dihati, itulah penamatnya. Rupa-rupanya, 3 perkara itu tetap penting selamanya...3 rasa itu tetap kukuh menjadi matlamat diri...

dan 2 minggu ini...
Dengan rasa yang ada itu, itulah jawapannya...itulah keputusan didalam hati, cuma yakin itu sahaja yang harus dikukuhkan...

Teringat rasa lemak manis dari rasa kek strawberi semalamnya...adakah hidup ini, itu rasanya...lemak, manis dan berkrim...'life is sweet...why waste it...do what you want to do...believe in what you want to do...'

strawberry on a shortcake... ^__^

kek strawberi dari DJ'

Teringat pula kata-kata 'kak long' di hari itu...'why so hard...life is simple...you want it or not, it's just simple as it is...' Emm...ya juga...

Jadi dengan itu, semasak-masaknya, sebulat dan setekadnya, itulah keputusannya. Tidak pasti adakah itu keputusan yang terbaik tp rasa itu yang akan dipegang jika kekeliruan ini bertandang sekali lagi...

Sekurang-kurangnya, apa yang tersimpan dan terbuku telah sampai kepada yang empunya diri... (the issue had been brought up, n I just want to be truth to myself...) n she said: it was a wake-up call for everyone...

kepada kak Azie, saya bukan plastik...cuma saya yakin dengan apa yang saya rasa dan saya yakin dengan apa yang saya suka rupa-rupanya...hihihi...

kepada anna + X-team, kerana alasan yang tersendiri, itulah keputusannya. Rasanya ini bukan masanya untuk kwni menidakkan apa yg kwni rasa...ini bukan masanya lagi...ya! 'it was a wake-up call indeed...'

Semoga apa yang diputuskan mendapat keberkatanNya...Semoga apa yang diyakini ni dipermudahkan olehNya...Semoga perasaan halus ni akan terus kekal didalam hati ni, terus menjadi tongkat semasa kelam... ^__^

______________________________________________________________
14 Feb 2009 yang lalu...


Birthday Angah yang ke-15! hehehehehehe....
Angah dah besar rupanya...

Semoga Angah panjang umur...murah rezeki dan berjaya dalam PMR nanti...serta gembira selalu!!! ^__^ Amin...

Friday, January 30, 2009

Saya kah itu...

Saya kah insan yang keliru itu...

hahahahaha....keliru...memang keliru...
sedih...memang sedih...

dalam hati rasa keliru...dalam hati rasa sedih...

kenapa manusia diberikan perasaan? sedih itu rasa...keliru itu pun rasa juga...
rasa yang pelbagai atau rasa yang dipelbagaikan...oleh kita yang bernama manusia...

sesaat kita boleh bertukar rasa...sesaat perasaan boleh berubah-ubah...
tapi rasa atau perasaan ini juga boleh duduk dalam hati dalam keadaan yang lebih lama dari sesaat...jadi dimana letak, masa dalam rasa atau perasaan ni...

hidup satu percaturan, berani kah kita dalam percaturan atau bijak kah kita dalam percaturan itu...tepuk dada tanyalah minda, tepuk hati tanyalah kekuatan.....

berkata seorang yang dikenali semasa tahun 1998 dulu...

" Life is like a chess, If you don't make a move...
You'll loose the game..."

tapi kalau kita tak pandai main catur, bagaimana pula...adakah kita akan terus kalah dalam kehidupan?

sayakah yang keliru itu???........................

______________________________________________________________

sometime we're too dominan in seeing things
we only see what we want to see
n we forget the most important things


Wednesday, January 28, 2009

Sudah bernama...

Ameera Zulaikha...

Zulaikha ni dah lahir dekat 2 minggu, tapi disebabkan kesibukan membuat benda yang ntah apa-apa, tak sempat lagi nak masukkan gambar dia kat sini...pergi melawat dah 4 - 5 kali tapi hadiah pun tak sempat lagi nak beli...isk3

16 Januari yang lepas, tengah bersiap-siap nak gi keja, klik! bunyi sms masuk...tengok2, sms dari anna...ooo...dah selamat bersalin rupanya...alhamdulillah...7.20 pagi dah bersalin dengan jayanya...hehehe...akhirnya tercapai juga dr. Zarul yang sambut baby dia kali ni... ^__^

Tengahari tu juga, kitorang pakat2 nak gi tengok baby anna ni... Sampai2 pmc, terus naik atas...tengok baby kat bilik kaca, gerak sana...gerak sini...kulit merah...muka macam lapo...isk...ya-ya je...tapi rasanya memang dia lapo la...hehehe...Lepas tu, terus tanya nurse, katanya bilik 5...jenguk2...anna atas katil (of course la kan...) muka pucat, banyak turun darah masa bersalin tadi...rupanya mak anna pun ada, angah dia pun ada...alang dia pun ada...dan tentu saja si ammar pun ada...kesnya si ammar ni, muka jangan cakap la...kelat je...hahahaha orang dah jadik 'abang' la katakan...

Masa ni, anna walaupun nampak pucat, tp nampak la dia tengah gembira...baby yang ditunggu-tunggu keluar...dah selamat keluarnya. Yealah, mana tak gembira kan, selama ni 9 bulan dalam perut, nak keluarkan bukan sikit-sikit punya sakit (agaknya la kan...tak rasa lagi hahahaha...)...tu la namanya kasih ibu...siapa-siapa yang dah jadi ibu ni, tahulah macamana perasaannya...Dan, akhirnya, anna...ko merasa la duduk kat bilik yang ko renovate dulu...tapi sama-sama la kita sakit mata ya, bila tengok wallpaper kat bilik tu ada yang dah terkoyak...isk3 rasanya dr. Zarul lagi berganda-ganda sakit matanya tengok wallpaper dia jadi camtu kan...

bila pegang...diam je baby ni, tak berbunyi-bunyi langsung...yealah, selama ni seronok dok dalam perut...bila orang pegang...peluk-peluk macam ni tentu la rasa selesa...

nangis...hehehe...tu la, saya dah kata kak zetty...dia ni lapooo...masa ni kak zetty takut tengok mata baby ni, muka baby ni masih bengkak lagi, jadi bila dia nangis, mata dia yang bengkak lagi tu macam nak meletup hahahahaha...kak zetty ni ada-ada aje...

angah + ammar
masa ni, ammar ni nak dukung je...tantrum! hehehehe...

kak zetty ni, dah pegang baby...tak nak lepas dah...seronok betul dia ya...
Insyaallah, lepas ni kak zetty dapat baby perempuan juga...tak pun baby lelaki atau dapat serentak ke...kembar! Okay apa, kak zetty, jimat masa hehehe...

gambar ni, baby dah lebih seminggu umurnya ...dah bernama dah...Ameera Zulaikha!

mari nangis bersama...lapo ni...

suara zulaikha ni boleh tahan juga la nyaring nya...waktu ni, ammar dah boleh terima dah kehadiran adiknya. Kalau tak, tantrum semacam je...hehehe sabo anna sabo!

seronok tengok baby tido...rasa tenang je... tengok muka, tengok dagu, tengok hidung...semua serba serbi kecil...

bantal yang zulaikha guna tu, sarung nya beli masa gi jepun dulu, beli kat nippori hehehe...last2 dapat juga la 2 biji bantal kecil...

(credit to anna's nokia phone picts)

Ameera Zulaikha yang diberi nama...sempurna lahirnya membawa gembira...Moga menjadi anak yang solehah dan taat pada yang maha Esa...
^__^
Anna & Iqba! Tahniah dengan kehadiran si kecil Zulaikha!!!
__________________________________________________________________

most of us remain strangers to ourselves
hiding who we are
and ask other strangers
hiding who they are
to love us...

Tuesday, January 13, 2009

Gambar itu cerita?

[11 January 2009 . Teratak Norhayati Berahim . Parti Harijadi Qaisara]


ikut permintaan kak sue berbaju pink...bertudung hitam...
memegang kipas...(kalau orang yang tak tahu cerita...mungkin tak pasti apa saja la yang mereka ni semua tengah buat kan...) Gambar ni diambil dari belakang atas permintaan tuan kipas yang tengah membakar ikan...ayam...hot dog...untuk para tetamu...Kepakaran tuan kipas sedang diperhatikan oleh 2 orang ini...


barbe-Q...ikan...ayam...hot dog...cerita disebalik kejadian... waktu ni, tuan kipas tak bagi tangkap gambar dia...jadi dpt gambar ni pun dah kira orait la kan...hehehe...

ini tempat ambil air oren...saja tangkap gambar ni sebab tak tau nak buat apa...

salah satu desert yang ada hari ni...saja tangkap sebab betul2 depan mata masa tengah makan spagetti...nak tangkap gambar beria-ia....segan lah pulak...amatur la katakan...hehe

Kak Anim dan birthday girl...Qaisara
Panggil2 Qaisara minta tangkap gambar sama2...birthday girl memang sporting...kalau tengok betul2...senyuman Qaisara memang tulus ikhlas...seronoknya diaaa...

ini Balkish...pun senang nak ajak berbincang hehehe...minta tangkap gambar, sporting aje terus posing...tp sebab amatur yang tangkap...apa sajalah yang Balkish ni tengah buat...
^__^

Qaisara dan Kak Anim lagi...
dengan ucapan..."Peace No WaR" kan seronok kalau dunia ni sentiasa
aman dantenteram. Betul lah kata orang, tengok senyuman kanak2 boleh buat hati rasa damai, sebabnya mereka ni hatinya masih tulus dalam melihat dunia....bagi mereka dunia ni satu tempat yang tanpa sempadan antara suka dan gembira...
ye ke?


Masa ni, Qaisara malu2 pula nak tangkap gambar...sebenarnya dia tengah mencari Balkish, tapi dah kena tahan duduk di kerusi ni... ^__^

Qaisara memang best...bila disuruh pejam mata masa tangkap
gambar ni...dia ok aje...
(jangan kak yati kata saya buli Qaisara sudah....hehehe...)
Kenapa nak pejam mata pula kan...? Haaa...ada la sebabnya... ^__^

Masa untuk tiup lilin!!! Qaisara tengah khusyuk tengok Kak Wan Amalyn yang tengah berusaha nak nyalakan lilin...

Agak2 nya apa yang Kak Norhayati dan Qaisara tengah tengok? Kek Power Puff Girls tu ke atau lilin yang tak nyala2 lagi apinya? Emmm...

Apa lah agaknya yang ditanya Qaisara pada ummi nya...heehehehe...mungkin nama watak2 power puff girls....

Haa...apa lah lagi soalan untuk umminya...jawab Kak Yati jawab...

Waktu ni...yang mana Qaisara tengah tengok? Blossom ke Bubbles ke atau Buttercup? Ini kena tanya Umminya...tp agak2nya waktu ni Kak Norhayati tengah tengok yang mana pula? Buttercup ke Bubbles ke atau Blossom? Emm...

Waktu semua orang menyanyi lagu 'Happy Birthday'...Qaisara tutup muka...malu hehehe...
sweet nya.... ^__^

Rajin Kak Norhayati melayan puteri kesayangan nya...^__^
Selamat Hari Lahir ke-3...Semoga Qaisara menjadi seorang yang tinggi budi pekertinya...
Amin...

Tuan kipas dah tukar profession...jadi jurugambar pulak hehehe...harap2 kak Sue tak marah ( ya kak Sue ya...) sebab ambik gambar ni...emm...gambar atas gambar...2 memori dalam satu masa...

Agak2 nya, apa lah yang Balkish nak capai ya? Haa...kamera Nikon ni memang selalu sangat jadi tumpuan budak2...Nak umpan diorang bergambar memang tak jadi masalah...sebab bila nampak je si Nikon ni....emm...klik!klik!klik! senyum lah diorang ni...Ikut 'history', baik ammar, danial, si kecik adam, maya semuanya...senang je nak diambil hati bila nampak si Nikon ni...begitu lah kes nya masa nak ambil hati Balkish dengan Qaisara...hehehe...tengok aje Balkish, mata dia macam ada blink!blink! ^__^


Haa...ni la salah sorang Hero Kak Lily Haslina...sweet je...sporting juga bila minta bergambar
^__^

Terpanggil untuk 'snap' gambar ni...

Apa agaknya, kelima-lima orang ni tengah fikirkan pada masa ni kan?

Haa...ini lah Pn. Zara Aluwi (Belahan Jiwa), rumah kita dekat rupanya...dlm 3 batu je...hehehe Batu 11 tolak Batu 9...


Haa...yang ni pula, Kak Sarnia (Secantik Anugerah) bersama Shelly dan baby Qaisara Balkish...

Ni...kak Sarnia dukung baby Qaisara Balkish...takkan dukung je kak Sarnia...bila nak tambah sorang lagi...hehehe... ^__^


Balkish lagi...hehehe...masa ni, dia tarik tangan, ingatkan nak apa rupa2 nya nak suruh ambil gambar lagi... seronok layan kerenah budak2 masa umur2 macam ni.... ^__^

_______________________________________________________________

Hari Ahad lepas, memenuhi jemputan Hari Jadi puteri kesayangan kak Norhayati Berahim... Gembira kerana menerima jemputan...seronok kerana dapat turut serta...dan yang buat lagi berganda2 seronok dan gembira serta terharu sebab dapat hadiah jam tangan dari kak Norhayati...mula2 tak tahu nak beri komen apa untuk novel CHINTA...Anna la, bising suruh masuk...suruh hantar....masa tunjuk blog kak Norhayati pada dia...kecoh pompuan seorang ni suruh juga hantar... hantar2 tak sangka la pulak, komen yang ala-kadar tu boleh dapat jam tangan ni....emm...alhamdulillah... ^__^

Jadi...inilah jam tangan tu... Terima kasih NBKARA terutamanya kak Norhayati dan kak Sue!!! Masa hantar kuiz tu, sebab utama bukan kerana jam tangan, dalam hati...'yang penting penyertaan'... 'yang penting sokongan'...


Designed by Blog Need Money